Thursday, September 08, 2005

puisi saksama buat Hasan


:hasan
bukan kerana banjar mu
jawa mu, atau bugis mu ditengah melayu
engkau menjadi tamu yang malu
bukan kerana melayu ku di wilayah ini
aku menjadi tuah yang gagah dan berperi
bukan kerana kasta yang membeza
tapi rumpun yang kuat mengikat satu raksa

lalu ada apa halnya dengan lain bentuk suara?

cuba mendongak ke langit biru
tiada dijunjung, tiada disokong
tapi tak rebah, tak roboh di kepala.
cuba genggam bau tanah dipijak
aroma dan baunya sehangat keringat kita
menitis membasah bumi membina tamadun dunia
cuba timbang berat garam dalam air laut
masinnya sekadar menambah haus, membuncit di perut

lalu kelainan kita cuma
terbeza pada bayang-bayang hitam
menghilang bila suria jernih bertandang
jangan kabur dalam penilaian dan pandang

/dzan
sept 2005

1 Comments:

Blogger InaOK said...

Hem......kat sini pun dia nak menyibuk jugak.....
Andrea peterson, wanna help sell the book ??? Sure can sell....

11:00 PM  

Post a Comment

<< Home