Monday, December 19, 2005

Tergendala

Salam,

Pelancaran Projek Cermin tergendala atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.

/dzan

Thursday, October 13, 2005

CERMIN: MENYAPA CAHAYA BOOK COVER


salam ramadhan,

Ini adalah sampul buku CERMIN: MENYAPA CAHAYA yang bakal diterbitkan pada January 2006. Copyrights dan daya ilham oleh seorang pereka multimedia muda dari Singapura SUHAIMI.

Click image to see FULL VIEW

Sedikit makluman tentang Projek Cermin : Menyapa Cahaya.

Atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, kami mengalami sedikit kegenjutan yang melambatkan proses penyuntingan buku ini. Namun begitu, InsyaAllah, kami akan cuba melancarkan buku tersebut seperti yg dijadualkan.

Have a peek: Kalau ada komen atau cadangan, dipersilakan.

Ramadhan Al-Mubarak
/dzan

Saturday, September 10, 2005

sekitar diTanjung Pinang - bersama Hoenizar dan Hasan




Thursday, September 08, 2005

puisi saksama buat Hasan


:hasan
bukan kerana banjar mu
jawa mu, atau bugis mu ditengah melayu
engkau menjadi tamu yang malu
bukan kerana melayu ku di wilayah ini
aku menjadi tuah yang gagah dan berperi
bukan kerana kasta yang membeza
tapi rumpun yang kuat mengikat satu raksa

lalu ada apa halnya dengan lain bentuk suara?

cuba mendongak ke langit biru
tiada dijunjung, tiada disokong
tapi tak rebah, tak roboh di kepala.
cuba genggam bau tanah dipijak
aroma dan baunya sehangat keringat kita
menitis membasah bumi membina tamadun dunia
cuba timbang berat garam dalam air laut
masinnya sekadar menambah haus, membuncit di perut

lalu kelainan kita cuma
terbeza pada bayang-bayang hitam
menghilang bila suria jernih bertandang
jangan kabur dalam penilaian dan pandang

/dzan
sept 2005

Wednesday, September 07, 2005

Projek Cermin Announcement : Puisi Terpilih

salam semua,

Dengan berbesar hati, saya ingin mengumumkan bahawa, tarikh tutup untuk sumbangan puisi bagi Projek Cermin telah berakhir pada 30th August 2005. Sambutan dari semua pihak sangat-sangat memberangsangkan. Tak terperi gembiranya saya dan pihak penerbitan dalam menerima puisi-puisi dari kalian.


Terima Kasih dan Syabas pada semua yang menyokong padu projek ini. Saya yakin hasilnya nanti adalah sesuatu yang dapat kita banggakan bersama - di tiga negara kita (Indonesia, Malaysia dan Singapura)

Sebanyak 100 puisi telah terpilih. Nama-nama pengkarya dan puisi-puisinya yang terpilih akan diumumkan melalui email peribadi dalam masa tempoh 2 minggu dari sekarang. Pengkarya, perlu membuat penilaian yang terakhir tentang puisi yg terpilih dan menyertakan butir-butir yang diperlukan didalam borang yang akan dikirimkan nanti.

Bagi puisi yang tdk terpilih, usahlah berputus-asa. Ia bukan suatu gambaran bahawa puisi anda tidak ada nilainya. Tapi sekadar gambaran bahawa sambutan yang sangat banyak sehingga sukar bagi pihak kami membuat penilaian dan permilihan.

Dengan penutupan tarikh sumbangan puisi bagi projek cermin pada 30th Aug 2005, itu tidak bermakna bahawa mailis sejuta puisi tidak menerima karya-karya terbaru. Teruskanlah menyumbang karya-karya anda ke mailis sejuta puisi.

Mungkin juga kami boleh membuat rekod dunia dgn mengumpulkan dan menerbitkan SEJUTA
PUISI senusantara. jadi, terus kan ya usahanya.

Nantikan perkembangan projek Cermin. Terima kasih.

/dzan
7th Sept 2005

Thursday, August 04, 2005

Cermin : where we are

salam semua,

sebagai yg tertera di posting pengenalan cermin tempohari, tarikh tutup sudah dipinda ke 30th August, bukan 10th Aug 2005. Ini untuk memberi peluang kepada sahabat yg baru sahaja mendengar tentang cermin.

Perjumpaan saya dgn Bung Hasan dibatam tempoh hari itu, telah meletakkan rangka dan peta yg patut disusuli dengan telili. Perlu banyak kajian mesti dilakukan. Pertemuan itu, benar-benar membuat saya (semoga Hasan juga) yakin dengan projek ini.

saya dan hasan, amat berterima kasih atas sokongan sahabat semua. dan sumbangan yg datang mencurah-curah menyemarakkan lagi semangat kami. Syukur, kita tidak kurang dengan bahan yg mahu dimuatkan. sekarang ini, tugas-tugas pemilihan dan menyunting masih dilakukan oleh Bung hasan. (dan saya releks saja...he he he) gurau..sebenarnya..banyak yg mesti dilakukan untuk menjadikan buku ini sebagai buku ilmu - tidak sekadar buku kreatif.

pinta saya, sahabat semua dapat terus mewarwarkan tentang pembikinan buku ini.

InsyaAllah, jika semua berjalan terus, buku ini dicetak bulan December..and kepasaran bulan january 2006. kemudian, dgn izin tuhan kita akan buat promosi tour.

jadi, jgn ketinggalan. sampai berjumpa lagi. terus ikuti ya.

/dzan

Bicara : Negeri Yang Penggal


hasanaspahani@yahoo.com....> berbicara:
: Dzan
kita memungut dua kepal tanah yang sama
aku mencium aroma rempah dan wangi darah
kapal-kapal datang menggambar peta sejarah
semula cuma singgah, lalu berabad lamanya
kita sabar belajar untuk menyimpan amarah
 dan di tanganmu kau semaikan cerita serupa
kelak benih itu tumbuh jadi puisi yang kemas
 aku membaca sebagai penafsir cacat yang gagap,
"ya, di tubuh kita selalu ada yang tak lengkap.."
  
ramdzan_minhat@yahoo.com....> berbicara:
: hasan
demikian sejarah pernah buat kita bertemu
walau kini angin kencang, ombak ganas
memisah tanah sekilas seteru
kita sama-sama belajar
membeza wanginya rumpun serai dari rebung
membikin batu dari tanah liat jadi rumah.

tidak seindah istana pecah dari pasiran pantai

kita perkemas ungkapan yang sering tak terurai
lalu dua kepal tanah itu menjadi negeri yang satu
waktu itu kita bertemu
serasa kita memperlengkap hala tuju
 Aug 2005


PENGENALAN - Projek Cermin: Sejuta Puisi

Cermin

• Wednesday, August 3, 2005 - Projek Cermin : Pengenalan

Project : Cermin – Sejuta Puisi

Salam Sejahtera,

Ini adalah surat terbuka untuk semua para pengkarya – yang mapan, mahu pun yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Sama ada karya anda pernah atau belum pernah disiarkan dimana media cetak, anda dijemput bergabung dalam usaha ini. Yang penting anda punya kemahuan untuk menyumbang dalam usaha ini, langsung berpeluang mecetak karya anda.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan dikesempatan yang lalu, saya bercita-cita untuk menghasil sebuah Antologi atau Himpunan Puisi bersama seorang sahabat yang merupakan Penulis dan juga Penerbit diMalaysia. Ini adalah usaha pemangkin (spring board) dalam menyemarakkan penghasilan puisi bermutu dirantau ini.

Anggaplah usaha ini sebagai USAHA BERSAMA. Jadi jangan malu-malu untuk bergabung atau bertegur tentang cacat celanya. Kita harus menghasilkan bahan yang terbaik.

Projek Cermin

Projek ini yang saya namakan Cermin - adalah sebagai judul asas siri buku-buku yang bakal diterbitkan. Walaupun ini usaha pertama, hendaknya bukan yang terakhir.

Justeru itu, usaha pertama ini saya (sepakat dengan Sdr Hasan dari Sejuta puisi) judulkan

Cermin – Sejuta Puisi

Ia bakal menjadi titik tolak untuk projek seterusnya. Di kesempatan yang pertama ini, kita akan membukukan Kumpulan / Antologi Puisi serantau (Singapura, Indonesia dan Malaysia). Dan buku ini juga bakal memuatkan Panduan (Ringkas atau sebaliknya) dalam mengarang dan menghasilkan Puisi.

Keinginan ini terdorong sejak lama sebelum saya bergabung dengan egroup SEJUTA PUISI yg dikelolakan oleh Sdr. Hasan. Dan bila sudah bergabung, saya dapati reaksi sumbangan dari pembaca dan pengkarya diSEJUTA PUISI begitu memberangsangkan.

Adalah sia-sia jika hasil karya itu tidak dibuku. Tambahan lagi ada banyak keinginan dari pembaca yang mahu berilmu menghasilkan puisi. Saya yakin, masih banyak karya-karya yang baik hanya tersimpan dan diselitkan dibawah bantal atau dicorong-corong BLOG. Kalaulah esok INTERNET terus mati, berkuburlah segala karya indah yg telah disumbangkan.


Matlamat Cermin

  • Menggalakkan penulis terus berkarya Kreatif dan Intelektual di media cetak
  • Memperkayakan dan memertabatkan Lingua Bahasa Serantau
  • Menyumbang and memangkinkan masyarakat untuk terus peka dengan kesusasteraan serantau dan tatacara yang sama tapi berbeza
  • Membentuk dan meyampaikan maksud sejagat yang jitu pada umum.
  • Menghasilkan bukan sekadar buku KREATIF, tapi juga buku ILMU untuk penyumbang dan pembaca.

Peraturan (Untuk Projek Cermin : Meyapa Cahaya):

  • Berbahasa melayu / indonesia
  • Terbuka kepada sesiapa saja - yg mapan mahu pun yg baru berjinak-jinak
  • Jangan mencarut (vulgar) atau menyalahi undang-undang.
  • Untuk projek ini, hanya untuk genre Puisi, Pantun, Prosa, Perumpamaan dan Bidalan yang Asli dan milik sendiri.
  • Karya disumbang mesti belum pernah di terbitkan di mana-mana media cetak di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia atau dimana pun.
  • Kalau pernah diterbit di Internet, itu tidak mengapa.

Apa yang Harus anda lakukan :

  • Tarikh Penutup : 30th August 2005

· Sila gunakan template yang disisipkan disini.

o Filename: template_cermin.dot (msword) atau template_cermin.rtf

· Penulis harus mengirimkan karya mereka kepada penyusun / penyeleras

o Hasan email :- hasanaspahani@yahoo.com

o Dzan email ; ramdzan_minhat@yahoo.com

· Pilih karya anda yang terbaik dan mahu diterbitkan. Ikut tema Buku ini i.e. Cermin – Menyapa Cahaya. (apa-apa juga tentang Hidup / Refleksi)

· Suntingan anda digalak dalam Bahasa buku. Slanga hendaklah ditebalkan (bold).

· Format: Teks Arial saiz 10. Font untuk tajuk, grafik dan susunatur mukasurat terpulang pada kreativiti penulis.

· Ukuran Muka Surat – A4. format MSWORD *.doc)atau RICH TEXT FIELD (*.rtf)

· Pastikan setiap muka surat terkandung maklumat berikut:

o Header : Nama Penuh dan nama Pena

o Footer : Alamat eMail dan nombor Tel anda.

Langkah Seterusnya :

· Penyusun mengumpul semua artikel untuk dijilid dan akan dikhabarkan tentang penerimaan karya mereka melalui email.

· Bila karya anda diterima untuk projek ini, anda akan diharuskan melengkapkan boring BIODATA PENULIS. Akan kami kirim langsung kepada anda, bila karya sudah pasti diterima.