Saturday, September 10, 2005

sekitar diTanjung Pinang - bersama Hoenizar dan Hasan




Thursday, September 08, 2005

puisi saksama buat Hasan


:hasan
bukan kerana banjar mu
jawa mu, atau bugis mu ditengah melayu
engkau menjadi tamu yang malu
bukan kerana melayu ku di wilayah ini
aku menjadi tuah yang gagah dan berperi
bukan kerana kasta yang membeza
tapi rumpun yang kuat mengikat satu raksa

lalu ada apa halnya dengan lain bentuk suara?

cuba mendongak ke langit biru
tiada dijunjung, tiada disokong
tapi tak rebah, tak roboh di kepala.
cuba genggam bau tanah dipijak
aroma dan baunya sehangat keringat kita
menitis membasah bumi membina tamadun dunia
cuba timbang berat garam dalam air laut
masinnya sekadar menambah haus, membuncit di perut

lalu kelainan kita cuma
terbeza pada bayang-bayang hitam
menghilang bila suria jernih bertandang
jangan kabur dalam penilaian dan pandang

/dzan
sept 2005

Wednesday, September 07, 2005

Projek Cermin Announcement : Puisi Terpilih

salam semua,

Dengan berbesar hati, saya ingin mengumumkan bahawa, tarikh tutup untuk sumbangan puisi bagi Projek Cermin telah berakhir pada 30th August 2005. Sambutan dari semua pihak sangat-sangat memberangsangkan. Tak terperi gembiranya saya dan pihak penerbitan dalam menerima puisi-puisi dari kalian.


Terima Kasih dan Syabas pada semua yang menyokong padu projek ini. Saya yakin hasilnya nanti adalah sesuatu yang dapat kita banggakan bersama - di tiga negara kita (Indonesia, Malaysia dan Singapura)

Sebanyak 100 puisi telah terpilih. Nama-nama pengkarya dan puisi-puisinya yang terpilih akan diumumkan melalui email peribadi dalam masa tempoh 2 minggu dari sekarang. Pengkarya, perlu membuat penilaian yang terakhir tentang puisi yg terpilih dan menyertakan butir-butir yang diperlukan didalam borang yang akan dikirimkan nanti.

Bagi puisi yang tdk terpilih, usahlah berputus-asa. Ia bukan suatu gambaran bahawa puisi anda tidak ada nilainya. Tapi sekadar gambaran bahawa sambutan yang sangat banyak sehingga sukar bagi pihak kami membuat penilaian dan permilihan.

Dengan penutupan tarikh sumbangan puisi bagi projek cermin pada 30th Aug 2005, itu tidak bermakna bahawa mailis sejuta puisi tidak menerima karya-karya terbaru. Teruskanlah menyumbang karya-karya anda ke mailis sejuta puisi.

Mungkin juga kami boleh membuat rekod dunia dgn mengumpulkan dan menerbitkan SEJUTA
PUISI senusantara. jadi, terus kan ya usahanya.

Nantikan perkembangan projek Cermin. Terima kasih.

/dzan
7th Sept 2005